Sunday, April 18, 2010

Achik Spin Kemalangan...


6.30pm. April 17th, 2010. Penyanyi Vokalis Kumpulan Spin yang dikenali ramai dengan panggilan 'Achik' kemalangan selepas berlanggar dengan signboard di KM14 Lebuhraya Kajang-Seremban.

Penyanyi yang berusia 27thn itu atau nama sebenarnya ialah Abdillah Murad Md.Shaari, sedang memandu pacuan 4 roda MPV Toyota Estima ketika kejadian berlaku. Beliau meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, namun rakannya yang turut berada di dalam kenderaan terselamat.

Maklumat mengatakan bahawa beliau sedang dalam perjalan pulang ke kediaman selepas menjalani pengambaran bersama sebuah program di RTM.

Rakannya yang terselamat mengatakan bahawa Achik tercampak keluar dari kenderaan. Orang ramai yang lalu lalang ketika itu cuba menolong mangsa tetapi dikejutkan dengan letupan sejurus itu.

Mayat beliau telah dikejarkan ke Hospital Tunku Jaafar untuk bedah siasat.

Apart from singing, Achik – known for his hit Janji Kita – was involved in a publishing business with his elder brother. - The Star

No comments:

Post a Comment